Saturday, August 25, 2007

Visiting Singapore: The Prelude

Ini adalah pengalaman haku melawat dan berwisatawan ke Pulau Singapura. Haku pergi ke Temasik seorang diri kerana haku sedang bercuti gara-gara tiada projek di syarikat tempat haku bekerja. Lagipun hari tersebut jatuh pada hari Rabu dan kaum kerabat semuanya bertugas.


Going into Sentosa Island (2007)


Prelude:
Kali terakhir haku menjejaki ke Temasik pada bulan Ogos 2007. Itu bermakna sudah lebih dua tahun haku tidak ke sana. Ketika itu haku pergi bersama-sama mQ dan cikputih. Haku memandu masuk melalui lebuhraya Linkedua di Tuas. Haku masih ingat haku juga hampir diberkas polis kerana mengambil gambar cikputih didalam bangunan kompleks kastam & imigresen Singapura.

Pada lawatan itu, haku cuma sempat membawa cikputih ke Pulau Sentosa ataupun dulunya dikenali sebagai Pulau Belakang Mati. Kemudian haku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Selepas itu, haku keluar melimpasi Woodlands pula.

mQ inside International Changi Airport (2007)



Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah kali pertama haku masuk ke Pulau Singapura. Haku sebenarnya pernah bekerja sebagai buruh bangunan pada awal 1980an. Pernah juga mengikuti latihan bekerja dengan syarikat terkemuka Shimano selama tiga bulan (1989) sebelum ke Jepun.