Wednesday, November 25, 2009

Visiting Labuan in 2 Days: The Last Day

Hari ini hari terakhir haku berada di pulau Labuan Wilayah Persekutuan. Petang nanti haku akan berangkat pulang ke Semenanjung pula.

Selepas bersarapan di hotel, haku terus check-out dalam pukul 8 pagi.

Dari Hotel Mariner haku membawa Proton Wira putih itu pusing keliling pulau sekali lagi. Mula-mula haku ikut Jalan Patau-patau hinggalah ke hujung semenanjung ke pusat industri Rancha-rancha. Ada Petronas Methanol Plant.

nice stadium to be visited, but my dslr camera is down,
and you can see clearly dusts on the blue sky


Kemudian haku terjah stadium di Kompleks Sukan Labuan pula. Dan hendak dijadikan masalah, kamera dslr Canon EOS 40D haku rosaklah pula. Bila diklik butang shutter tetiba jammed. Ada error ERR-01. Nasib baik kamera digital Canon Ixus ada disisi, bolehlah haku meneruskan tangkap gambar sebelum haku pulang petang nanti.

Dari stadium haku singgah di Pantai Batu Manickar semula. Haku berehat di warung pekena teh-o saja. Sambil haku tangkap gambar pantai sekali lagi. Jam menunjukkan pukul 10.20pagi.

many historical materials are displayed here at Labuan Museum


Dari situ, haku terus ke pusat bandar untuk melawat Muzium Labuan di Jalan Dewan. Tiba di muzium pukul 11.02pagi. Haku dan aDm pun masuk kedalam secara percuma. Banyak pameran sejarah disediakan. Kebanyakkannya cerita pasal zaman Perang Jepun. Ada duit pisang dan lain-lain.

I am breathing fresh air at the padang


Keluar dari Muzium Labuan, haku singgah sekejap di padang Financial Park mengambil gambar seorang diri saja. Padang yg cantik, hijau dan berlatarbelakang bangunan kewangan.

Destinasi selanjutnya adalah Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan yg ada Muzium Marin (Marine Museum) didalamnya. Haku tiba dipintu masuk jam 12.21 tengahari. Menarik juga pameran ikan-ikan dan barangan laut yg ditunjukkan disitu. Hampir setengah jam didalam muzium, hakupun keluar dan makan tengahari di kedai makan disitu juga.

a fallen signpost at the airport parking


Dari Muzium Marin haku terus ke airport untuk pulangkan kereta sewa. Walaupun jam baru pukul 1.30pm, tapi haku sudah tiada rancangan untuk kemana-mana lagi.  Penerbangan pulang ke KLIA pada pukul 6 petang. Dan dari KLIA ke Senai pula jam 9.30 malam.

Alhamdulillah semuanya selamat dan banyak tempat wisatawan yg haku sudah bepergian.

Secara ringkasnya, haku sudah melawat tempat-tempat menarik di pulau Labuan ini, termasuk: The Chimney, Labuan Bird Park (only at the gate), Labuan International Sea Sports Complex (Marine Museum), Peace Park & Surrender Point, World War II Memorial, Botanical Garden, Water Villages (not interested), Labuan Square (Financial Park), Labuan Museum, and Labuan Weekend Tamu (not at the right time). [+ Garden Island of Borneo ]

Secara keseluruhannya, perjalanan wisatawan haku ke pulau Borneo amatlah panjang dan meletihkan juga. Dari Bandar Seri Begawan (Brunei), ke Miri (Sarawak) dan terbang ke pulau Labuan (Wilayah Persekutuan) adalah sesuatu yg menarik untuk dibuat kenangan. Mungkin haku akan datang lagi ke Brunei.

Tuesday, November 24, 2009

Visiting Labuan in 2 Days: Day One (Morning)

Semalam dari Brunei Darussalam, haku menaiki bas ekspres sampai di e-mart Miri. Kemudian naik bas ting-ting ke terminal bas bandar Miri. Dari Miri haku jumpa aDm di lapangan terbang sebelum ke Canada Hill. Haku dan aDm berlepas ke Wilayah Persekutuan Labuan pada jam 7 malam.

first time I saw the LCD screen over your head (in a flight of course)


Tiba di airport, haku terus menyewa sebuah kereta Proton Wira berwarna putih. Haku tanya juga manalah tahu kalau ada kereta kancil yg lebih murah.  Dan budak penjaga kereta membawa haku ke Jeti untuk mengambil kereta wira. Tetapi sebelum itu kami dihantar ke Hotel Mariner untuk check in dan haku tinggalkan aDm masuk bilik hotel.

nasi goreng and kueh teow with sausage for breakfast

Pagi-pagi lagi selepas bersarapan di hotel, haku terus ke Pusat Informasi Chimney di utara pulau Labuan. Ikut Jalan Tanjung Kubong. Mula-mula haku melihat-lihat dan tangkap gambar diluar muzium atas bukit dibawah cerobong yg penuh misteri itu.  Selepas itu haku masuk melawat muzium pula. Walaupun bangunan muzium dua tingkat yg kecil, tapi berinformasi juga.

the function of the chimney remains very much a mystery today
then and now: top (during reconstruction), bottom (aDm, yesterday)


Dari Muzium haku pusing ke jalan belakang mencari bekas lombong arang batu. Tapi haku tidak larat masuk ke jalan tidak bertar itu. Haku cuma ambil gambar cerobong dari jauh saja.

labuan bird park is closed for renovation

Dari muzium juga haku terus ke Taman Burung yg tidak jauh dari situ. Tapi Taman Burung di'tutup sementara untuk kerja2 penyelenggar -aan', kata papan notis di pintu masuk.

the beach is not suitable for swimming

Haku teruskan memandu Proton Wira yg haku sewa ke Pantai Batu Manickar. Tiada yg menarik disini seperti pantai di semenanjung saja.

kampung layang-layangan, labuan

Dari Pantai Batu Manickar haku menyusuri Jalan Pancur Hitam. Dipertengahan jalan haku melimpasi papan tanda Kampung Layang-layangan sebelum tiba di simpang Jalan OKK Daud dan Jalan Mohammed Salleh.  Disinilah terdapatnya taman memorial.

japanese memorial park and surrender point


Haku tiba di Taman Damai (Peace Park) jam 9.05 pagi. Haku pusing-pusing ambil gambar saja di seluruh taman yg digenangi air. Disinilah terdapatnya tugu peringatan Jepun (Japanese Memorial), tempat penyerahan kalah tentera Jepun (Surrender Point).


Dari Taman Damai, haku memandu mencari batu peringatan di Jalan Bukit Timbalan. Tapi tidak berjumpa. Haku terus ke Jalan Bebuloh hingga ke hujungnya terdapat depot Shell dan Petronas Sabah. Itu adalah jalan mati, jadi haku berpatah balik tapi melalui Jalan Sungai Pagar dan singgah di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

you only can take pictures here (if you are a guest)

Dari kampus UMSKAL itu, aDm teringin hendak menjenguk kampus Kolej Matrikulasi Labuan pula. Sempat juga aDm bergambar depan pintu pagar saja.


kolej matrikulasi labuan, kampung merinding

Selepas penat meronda-ronda hampir keseluruhan pulau di pagi yg tenang, haku pun pulang semula ke hotel Mariner untuk berehat.

labuan federal territory, malaysia

Visiting Labuan in 2 Days: Day One (Evening)

Pagi tadi hampir satu pulau haku pusing-pusing dan ronda-ronda. Petang ini haku bercadang hendak ke Taman Memorial dan Botanical Garden yg terletak di timur pulau pula.

Pukul 3.00pm haku dan aDm keluar makan di Restoran KFC di tengah bandar yg terletak tidak jauh dari hotel. Dari KFC, haku memandu menyusuri Jalan Tanjung Batu hingga ke Taman Memorial, sebelum sampai simpang Jalan Tanjung Taras. Disitu terdapat 4000 batu nesan para askar British dan Australia yg terbunuh pd Perang Dunia Kedua. Askar India pun ramai juga yg mati.

the beautifully landscaped memorial garden is the final resting place of 3,908 war heroes who died in battle or captivity in Borneo during the Second World War

Selepas setengah jam mengambil gambar di dalam taman itu, haku berangkat menuju ke Taman Botanikal pula. Taman ini yg telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Rumah Kerajaan dibina ditengah taman ini dalam tahun 1852 dan menjadi kediaman rasmi Sir James Brooke, gobernor pertama Labuan dan governor serta Resident selepasnya. Tapi haku tidak berjumpa bangunan besar tersebut, mungkin sudah musnah dibom oleh askar Jepun. Taman ini telah dinaiktaraf dalam tahun 2001 oleh Perbadanan Labuan bagi menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam dan para pelancong.

It is a recreational park with old trees and beautiful landscaping

Taman Botanikal yg luas terdapat tasik dan tempat riadah. Haku berjalan didalamnya, mengambil gambar-gambar bunga yg cantik dan terjumpa satu kawasan kubur yg dipagari - The Navy Cemetery.

a line of freights

Sebelum haku pergi ke taman itu, haku sudah singgah di salah satu pantai disitu yg menghadap Pulau Borneo. Memang nampak jelas tanah besar dan banjaran Gunung Kinabalu. Kapal-kapal tangki juga bersusun menuju pelabuhan Labuan.

masjid an-nur, labuan

Setelah penat berjalan-jalan dari taman, haku pun terus pulang ke hotel. Sebelum itu sempat lagi menangkap gambar Masjid An-nur yg unik bentuknya.

a food court beside the luxury hotel

Disebelah malam pula, haku mencari tempat makan. Haku singgah di jeti tapi kebanyakkan kedai sudah ditutup. Bila haku bertanya budak perempuan disitu, mereka menyarankan supaya haku pergi ke medan selera bersebelahan Hotel Grand Dorsett (dulunya, Sheraton Labuan Hotel).

Monday, November 23, 2009

Visiting Miri in One Day

Dari Bandar Seri Begawan menaiki bas ekspres sampai ke perhentian bas Miri di waktu tengahari. Haku terpaksa menunggu bas ke airport selama sejam sebab baru saja tertinggal bas yg pukul 12.

Tiba di airport Miri pula, terpaksa tunggu aDm yg menaiki pesawat dari Kuching.


aDm and the Grand Old Lady of Miri

Dipendekkan cerita, haku dan aDm menyewa teksi apek tua mendaki Bukit Kanada (Canada Hill). Ini adalah kali kedua haku tiba disini. Tujuan utama haku hendak masuk dan melawat muzium petroleum tetapi tidak haku sangka muzium ditutup pula pada hari Isnin.

Dalam hujan renyai-renyai diluar, haku menangkap gambar saja. Dari pintu muzium, the grand old lady penggali minyak hinggalah ditebing bukit berlatarbelakangkan bandar Miri dan Lautan Cina Selatan.


aDm and me at the Canada Hill

Selepas setengah jam di atas bukit, tempat pukul 4 petang haku pun pulang semula ke lapangan terbang Miri untuk berlepas ke Pulau Labuan pula. Haku dan aDm malas hendak berjalan-jalan di bandar Miri itu. Jadual berlepas pada jam 7 malam.

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day Four

Hari Isnin adalah hari terakhir haku berwisatawan di Brunei. Pagi-pagi lagi selepas sarapan di Jubilee Hotel, haku terus kejar bas ekspres yg terletak di depan Tamu Kienggeh itu.  Ada tiga orang pekerja syarikat bas disitu. Tambang adalah B$18 ke Miri. Dan mereka minta passport setiap penumpang atas urusan keselamatan dan prosedur negara Brunei. Dalam bas itu, sudah ada 7 orang penumpang, yg kesemuanya pelancong asing.

writing passenger's data into form

Dari Bandar Seri Begawan ke Miri mengambil masa 4 jam. Bas melalui Kampung Jeradong, dimana terletaknya Jeradong Park Playground yg haku sudah lawati semalamnya. Kemudian lalu Pekan Tutong terus ke Telisai dan Lumut. Bas menyusuri lebuhraya tapi tidak melalui jalan lama tepi pantai. Bas tidak melimpasi bandar Seria ataupun Kuala Belait sehinggalah ke Kompleks Imigresen Brunei.

Sebenarnya dari perbualan dgn pemandu bas, perkhidmatan bas ekspres Bandar Seri Begawan ke Miri baru saja beroperasi selama 6 bulan. Dalam percubaan gitu, kata drebar. Sebelum ini, pelancong yg hendak ke Miri, terpaksa menaiki bas ting-ting dari bandar ke bandar.

tol jambatan rasau (rasau bridge toll)

Jadi kami kena turun di kaunter imigresen Brunei yg sempoi saja, bersebelah tandas. Olehkerana bas baru beroperasi, pembantu drebar terpaksa mengalihkan kon merah di salah satu lorong di situ. Tiada lagi lorong bas istimewa, kata drebar.

Selepas itu, kami naik bas semula dan kena turun dan mengecop passport di kaunter imigresen Sungai Tujuh Miri pula.  Keadaan kaunter imigresen yg gelap, terpaksa jugalah drebas bas terpekik-pekik memanggil pegawai yg bertugas disitu barulah kakak imigresen itu tersengih-sengih datang melayan kami yg beratur diluar. Keadaan kompleks imigresen disitu tidaklah sesibuk mana.



kompleks imigresen sungai tujuh miri

 Tapi di selepas dari kompleks imigresen sungai tujuh, bas ekspres kami tidak terus ke terminal bas di pusat bandar. Kena tunggu bas ting-ting pula (RM3.20) yg terletak di pasaraya e-mart. Adalah sejam kami tunggu. Lepas itu, haku dan pelancong lain sibuk juga bertanya untuk memastikan bas itu menuju ke terminal bas Miri.

old timers in miri bus terminal

Tujuan haku bila sampai di Miri, haku hendak terus ke Lapangan Terbang. Tapi bas ke airport baru saja berlepas semasa haku tiba jam 12.10 tengahari. Jadi, kenalah tunggu selama sejam disitu. Sambil haku memerhatikan keadaan dan gelagat orang ramai.

Sunday, November 22, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day Three

Hari ketiga haku di Bandar Seri Begawan dimulai dengan sarapan pagi di hotel. Pagi ini haku sudah bersiap sedia untuk keluar awal. Sepatutnya pukul 7.30 cafe di penthouse tingkat enam dibuka, tapi pukul 7.00 pagi haku sudah kesana. Tapi pintu cafe masih ditutup pula. Jadi haku tunggu selama setengah jam mundar mandir di tingkat atas itu.


waiting for a good breakfast, western style

Dipendekkan cerita, selepas bersarapan, haku terus berjalan kaki ke stesen bas di Jalan Cafor.

Untuk ke Muara, haku naik bas no. 37. Tambang bas cuma B$1 saja. Pemandu bas orang Jawa Indon. Ada inspektor bas orang India agaknya. Tapi bas itu berhenti ditengah pekan Muara, tidak ke terminal feri.
Di pekan Muara, haku bersarapan sekali lagi, tapi kali ini haku pesan roti canai dan teh tarik saja, sebelum singgah di Cyber Cafe. B$1 untuk sejam, tapi haku pakai internet lebih kurang 20 minit saja.


Untuk ke terminal feri, pemandu bas tadi suruh naik bas no. 33. Tapi haku sudah salah faham. Haku tukar rancangan, naik bas panjang no. 39 ke Airport. Ketika itu, jam sudah pukul 11.00pagi. Ingatkan boleh tukar bas ke Jerudong. Tapi semua orang suruh naik bas balik semula ke bandar. Tiada bas no. 57 terus langsung ke Jerudong dari Airport, seperti yg tertera dalam jadual.

inside a mini bus with all the foreigners (including the driver and the conductor)

Tentang bas negara brunei pula kesemuanya seperti bas mini lama KL dan berwarna purple atau jingga. Tidak banyak bas panjang. Haku juga perasan ramai penumpang warga asing, terutamanya dari Indonesia, Filipina, India juga. Bayaran tambang adalah B$1 untuk kesemua destinasi.

Dari terminal bas bandar, haku ambil bas no. 55 terus ke Jerudong Park.

Sampai Jerudong Park Playground sudah jam 12.45 tengahari, haku terus masuk. Tiada penjaga tiket. Haku pusing keliling taman tema yg kosong dan peralatan permainan yg terbengkalai. Hampir sejam haku di tengahari yg panas terik di dalam taman tema sebelum menapak keluar dan menaiki bas ke pantai Jerudong pula.

an abandoned playground

Di sebuah kedai runcit di Jerudong, haku ternampak Rubik Cube dan cuba selesaikan juga. Berjaya juga walaupun terkial-kial. Yg kelakarnya, pemandu bas yg haku naik dari taman tema Jerudong ada disitu. Dia kata, ada budak kecil lagi cepat membuat rubik cube itu. Tapi drebar bas itu sanggup tunggu pula.

Dalam perjalanan dari pantai Jerudong ke pusat bandaraya, haku berbual-bual dengan drebar. Dia berasal dari Limbang, Sarawak. Katanya, hanya dia seorang rakyat Malaysia yg bekerja sebagai pemandu bas di Brunei sekarang ini. Yg lainnya kebanyakkan adalah rakyat Indonesia, termasuk konduktor bas. Dalam perjalanan itu juga, haku dapat saksikan banyaknya kereta sapu bermaharajalela, mencuri penumpang teksi dan bas di jalanraya begitu saja.

Tiba di bandar sudah pukul 4 petang, haku menapak pulang ke hotel  melalui pasar tamu Kianggeh.

Saturday, November 21, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day Two

Pagi-pagi lagi haku sudah terkejar-kejar untuk sarapan di tingkat atas hotel bajet itu. Haku tiba lambat sikit, walaupun pintu cafe dibuka jam 7.30 pagi. Tapi disebabkan ada sekumpulan keluarga yg datang lebih awal sedikit daripada haku, maka hidangan haku menjadi amat terlewat. Sebabnya cuma ada seorang pelayan dan juga tukang masak disitu. Hampir 45 minit haku menunggu. Nasib baik juga, pelayan itu memberikan roti bakar sementara menunggu.



there are choices of western breakfast for you to choose, cooked by one chef only

Jam 9 pagi, haku sudah turun ke lobi hotel dan terus bersama-sama pemandu pelancong yg sudah menanti. Kebetulan juga, hari itu cuma haku seorang saja pelancong yg hendak berjalan-jalan disekitar Bandar Seri Begawan dengan menaiki van.

Tempat yg mula-mula haku dibawa ialah di rumah Bubungan Dua Belas. Tetapi disebabkan ada kerja ubahsuai, kami tidak dibenarkan naik keatas rumah. Jadi, haku mengambil gambar di luar saja dan di kolam renang yg sudah lama terbiar. Disitu juga, drebar cum pemandu pelancong menceritakan juga berkenaan atuk beliau yg pernah bekerja dengan residen British. Beliau pernah tinggal di rumah kecil di belakang rumah Bubungan Dua Belas itu.



house of twelve pillars

Dari rumah bubungan 12 itu, haku dibawa ke Muzium Negeri yg terletak di Kota Batu. Tetapi drebar ingat pintu muzium dibuka jam 9 pagi. Tetapi disebabkan hari Sabtu, waktu muzium dibuka ialah pukul 9.45 pagi. Jadi, drebar bawa haku mundar-mandir dahulu.

Dari muzium, haku singgah di makam sultanah bolkiah raja brunei yg kelima. Agak jauh juga dari tepi jalanraya, jadi kami berjalan kaki saja. Kebetulan ada tukang potong rumput (tukang kebun agaknya) yg sedang bertugas. Haku tertarik pada kereta Vios beliau yg diparkir ditepi jalan juga.

Dari makam raja kelima, haku dibawa ke kampung Pintu Malim seketika. Kemudian kami kembali ke Muzium Negeri. Didalam muzium, tidak dibenarkan mengambil gambar. Tapi memang banyak barang-barang sejarah lama yg dipamerkan disitu. Menarik juga.

Keluar dari muzium, haku dibawa ke taman peranginan Tasik Lama. Agak menarik juga dengan adanya air terjun dan tempat berjalan kaki yg selesa. Haku tertarik bila ternampak ada pokok yg ditanam oleh mantan Perdana Menteri Pak Lah ketika sessi 'morning walk' disitu.

Dari Tasik Lama, haku dibawa ke tepian sungai yg ada monumen art bertajuk 'Dunia Asean' oleh jurukir tempatan, Marsidi Hj Akip. Olehkerana keadaan padang yg becak, haku cuma ambil beberapa keping gambar sahaja. Dari situ, drebar tunjuk haku beberapa bangunan kepunyaan sultan brunei, termasuk pintu masuk ke Istana Nurul Iman.

the world of asean countries

Kemudian drebar membawa dan tinggalkan haku untuk makan tengahari seorang diri di PGS Cafe, Kampung Lambak, Berakas selama sejam. Oleh kerana makanan style buffet, haku makan maggie goreng, nasi goreng dan sup jagung. Dan minum air suam juga.

buffet style of meal

Selepas menunggu sejam di cafe itu, haku kemudian dibawa ke Jerudong Park Playground, dimana terletaknya taman tema permainan yg terbesar di Brunei. Tetapi haku diminta mengambil gambar diluar pagar saja walaupun taman tema itu terbuka pintu pagarnya. Pada masa itu, haku bercadang untuk datang lagi ke situ esok. (Esoknya baru haku tahu taman itu sudah terbengkalai lama).

Dari Jerudong, haku kemudian dibawa ke The Empire - Hotel & Country Club yg mewah itu. Di pintu masuk, haku nampak bersusun kereta mewah kepunyaan Ministry of Defence. Sempat juga haku melayari internet sebentar di meja yg ada PC untuk kegunaan awam. Haku dibawa oleh drebar berlegar-legar di ruang lobi sehingga ke suatu hujung dimana terdapat galeri gambar-gambar tetamu terhormat dan celebrity terkenal  yg pernah menginap disitu termasuk Aznil Nawawi, Anita Sarawak, Mawi dll. Tetapi haku tidaklah begitu berminat sangat.

very luxury hotel at muara - tutong highway, kampung jerudong

Tetapi sebelum tiba di hotel tersebut, kamera dslr Canon haku menghadapi masalah pula dgn sensornya. Jadi haku guna kamera Canon Ixus saja, tetapi baterinya pula tidak tahan lama.

Selepas itu, haku dibawa ke kedai cenderamata (Syarikat Pelangi De' Mutiara Tourist Square Sdn Bhd) yg terletak di Pengkalan Gadong menghala ke pusat bandaraya. Sempat juga haku bergambar secara percuma dengan pakaian panglima melayu warna hijau dan bertanjak. Olehkerana itu, haku pun berbesar hati membeli beberapa helai t-shirt Brunei dan key-chain dan fridge magnet. Kesemua perbelanjaan berjumlah BD$510+ (RM1200+). Mahal betul.

Selepas membeli belah barang cenderahati, kami pulang ke bandaraya. Sebelum itu singgah di Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah. Haku tidaklah masuk kedalam masjid seperti pelancong-pelancong lainnya. Sekadar mengambil gambar diperkarangan masjid saja.

a royal mosque

Akhirnya setelah berjalan sehari suntuk disekitar Bandar Seri Begawan, Jerudong, haku pun pulang ke hotel semula. Disebelah malam, haku turun ke Restoran di tingkat bawah hotel untuk makan malam dan melayari internet secara percuma.

Bersambung.. [ Day 1 | Day 2 | Day 3 | Day 4 ]

Friday, November 20, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day One

Haku sudah lama merancang hendak menziarah dan berwisatawan ke Negara Brunei Darussalam. Haku sudah booking tempat tinggal (budget hotel) dan juga penerbangan MAS ke Bandar Seri Begawan.

Dari KL Sentral (jam 8 pagi lagi), haku naik keretapi KLIA Ekspres terus ke KLIA. Walaupun flight ke Brunei dijadualkan jam 12 tengahari, haku sudah tiba di KLIA jam 9 pagi dan berlegar-legar atas dan bawah. Ada pameran sebuah kereta BMW Z4 di tingkat perlepasan.

a z4 model on display

Sempat juga haku melayari internet selama sejam di Restoran Burger King.  Untuk menggunakan internet di PC yg disediakan, haku kena beli kad yg bernilai RM10 yg boleh dipakai selama sejam saja.

Jam 11.15am, haku sudah berjalan ke balai berlepas. Didalam kabin kapal terbang, haku makan tengahari nasi berlaukkan daging lembu. Sebenarnya haku minta daging ayam, tapi stewardess kata ramai penumpang Bangla yg tak makan daging ayam. Jadi beliau suruh haku makan daging lembu pula. Haku pun tak kisah.  Haku pesan air jambu batu. Sedap juga.




the green heart of borneo


Haku tiba di Brunei International Airport jam 2.30pm. Lapangan terbang yg kecil saja seperti di Miri atau Sibu. Haku ambil teksi berbayar dan terus pergi ke hotel bajet, Jubilee Hotel yg haku sudah tempah sebulan yg lampau. Haku tiba dihotel pukul 3 petang.



Budget hotel at convenient location of Brunei

Walaupun baru tiba di Bandar Seri Begawan untuk pertama kalinya, haku amat teruja untuk jalan-jalan ke pusat bandar. Dari hotel, haku berjalan kaki menyusuri Sungai Kianggeh sampai ke tepi Sungai Brunei yg sedang diubahsuai. Olehkerana tiada niat nak menziarah Kampung Ayer yg glamor itu, haku terus saja berjalan di tepi pinggiran sungai hingga tiba ke dataran mercu dirgahayu 60.

Dari pinggiran sungai, haku terus berjalan antara dua bangunan kotak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Shopping Complex yg ada restoran KFC didalamnya. Haku ambil gambar berlatar belakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien. Haku sempat juga masuk keperkarangan masjid dan menangkap gambar replika sampan yg besar itu.

Dari masjid, haku terus menyusuri jalan dan pulang ke hotel bajet.

Lepas bersolat jamak maghrib dan isyak, haku keluar ke pusat bandar lagi. Berjalan kaki terus ke Restoran KFC dan menjamu selera. Selepas itu, haku terus ke tepi tasik Masjid Omar Ali Saifuddien lagi untuk menangkap gambar sebelah malam pula.



The mosque is classified as one of the most spectacular mosques in the Asia Pacific and a major tourist attraction.

Selepas itu, haku pulang semula ke hotel untuk berehat. Sebelum naik ke bilik hotel, haku sudah menempah pakej melancong untuk esok satu hari pula.



Bersambung.. [ Day 1 | Day 2 | Day 3 | Day 4 ]

Tuesday, October 27, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part Six

Selepas menziarahi Muzium Warisan Melayu (Malay Heritage Museum) itu, haku terus ke medan selera berdekatan Rochor Center. Nasib baik hujan pun beransur reda, dapatlah haku berjalan kaki tanpa payung ke stesen bas.

Tiba di medan selera, haku pun pesan dan makan mee rebus dan air bandung sirap. Haku duduk di meja bernombor 66 (enam puluh enam sahaja).

milked rose drink with mee rebus


Selesai makan tengahari, haku bergegas ke perhentian bas ekspres dan terus pulang ke seberang tambak. Harga tambang balik dari Singapura ialah SGD2.40 (RM5.80), berbanding tambang bas masa datang pagi tadi berharga RM2.50. Banyak beza kan.


SGD2.40 is the cost to travel from Rochor to Larkin

Haku tiba di Perhentian Bas Larkin pukul 4.15pm. Haku bayar parking kereta Toyota Unser dan terus pulang.

Itulah cerita perjalanan dan wisatawan haku ke Singapura sepanjang satu hari, bersendirian juga.

[ Part One | Two | Three | Four | Five | Six ]

Monday, October 26, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part Five

Dari tugu memorial mangsa perang Jepun, haku terus berjalan kaki menuju Muzium Warisan Melayu yg terletak di Jalan Sultan. Memang cadangan haku selepas melawat muzium itu untuk terus kembali ke perhentian bas ekspres di Rochor Road dan pulang ke Johor Bahru (JB) pula.


masjid sultan singapura


Di situ juga haku melimpasi Masjid Sultan Singapura sebelum tiba di perkarangan muzium jam 1.40 pm.

Haku masuk juga ke muzium melihat sejarah bangsa Melayu di Singapura. Haku dibenarkan mengambil gambar. Kebetulan juga, semasa didalam muzium, hujan lebat turun tiba-tiba.

Didalam muzium juga dipertunjukkan peralatan zaman dahulu hinggalah ke zaman era 1960an dan seterusnya hingga sekarang.

old time black and white television

Berikut adalah perjalanan haku dalam google map dari Rochor Road ke Sungai Singapura dimana terdapatnya patung Sir Stamford Raffles.
 

Bersambung.. [ Part One | Two | Three | Four | Five ]

Sunday, October 25, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part Four

Dari bangunan Marina Square yg berbentuk durian itu, haku meneruskan perjalanan ke Tugu Peringatan Mangsa Perang Jepun, ataupun 'War Memorial Park' berdekatan Raffles Shopping Center.


This memorial is dedicated to all those who perished during the Japanese Occupation of Singapore, 1942-1945. 


Hari memang panas terik ditengahari ketika itu dan jam menunjukkan pukul 12.45tengahari. Walaupun haku bertopi dan berspek hitam, namun peluh mencurah-curah dari ubun-ubun juga. Namun haku terus juga ke tugu peringatan itu melalui jalan bawah tanah antara pusat membeli-belah dan dicelah-celah keramaian orang pejabat yg keluar masuk.



Four vertical pillars soar to over 70 metres symbolising the shared war experiences of the Chinese, Indians, Malays and other races.

Bersambung.. [ Part One | Two | Three | Four | Five ]

Saturday, October 24, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part Three

Setelah puas mengambil gambar dan bergambar di tugu Merlion itu, haku terus berjalan kaki ke bangunan Marina Square yg berbentuk buah durian itu. Tiba di dalam bangunan haku berehat dan membeli minuman ringan. Sebetulnya haku cuma beli air tin Coca-Cola saja.


a man is walking on the roof

Tapi haku rasa pemandangan dari Marina Square itu amat menarik kerana kelihatan tugu Merlion dan bangunan pencakar langit secara panaroma. Juga nampak dengan jelas tiga bangunan kasino yg sedang dibina di tengah lautan.

Olehkerana haku keseorangan saja, haku guna 'self-timer' pada kamera Canon Ixus haku yg itu. Haku letak atas tunggul kayu di pentas dan haku ambil gambar sendiri saja lah. Tidaklah teruk sangat.

Visiting Singapore Island In One Day Alone


Bersambung.. [ Part One | Two | Three | Four | Five ]

Friday, October 23, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part Two

Dari Rochor Road, haku berjalan kaki menyusuri Jalan Queen dan tiba di persimpangan Jalan Bras Basah. Haku terus berjalan berpandukan peta jalanan di bus stop dan juga buku 'Lonely Planet' yg haku bawa.

Tiba di perkarangan bangunan parlimen lama, haku mengambil gambar bangunan pencakar langit Singapura. Haku juga sempat meminta tolong pelancung dari China untuk mengambil gambar haku.



having ice lemon tea while waiting to cruise the river

Kemudian haku turun menyusuri tebing Sungai Singapura terus ke tapak tugu Sir Stamford Raffles. Haku lihat memang ramai pelancong, terutamanya dari Jepun dan India. Sebelum itu, haku sempat membeli tiket sampan 'Singapore Cruise' yg dijadualkan pada jam 11.00am.

Tepat jam 11.00am, sampan untuk menyusuri sungai tiba. Haku lihat ramai juga pelancong dalam sampan itu. Sebelum itu, ada sekumpulan kanak-kanak sekolah tadika yg menaiki sampan juga. Kami dibawa ke hulu sungai sebelum berpatah balik ke muara dan berhenti di tempat terletaknya tugu Merlion.

Di tugu Merlion haku juga nampak ada  tiga bangunan tinggi yg haku jangka berkemungkinan besar adalah kasino yg sedang pesat dibina. Haku juga lihat Singapore Wheels yg besar nun dihujung sana.
Juga tidak ketinggalan bangunan durian ataupun Marina Square.


the biggest casino will compete with the Genting one


Ramai juga pelancong di tugu Merlion ini.

Bersambung.. [ Part One | Two | Three | Four | Five ]