Thursday, October 22, 2009

Visiting Singapore In One Day: Part One

Haku tiba di Perhentian Bas Larkin jam 7.30am dan memarkir van buruk Toyota Unser haku itu di tempat meletak kenderaan. Haku memang bercadang hendak memasuki Pulau Singapura dengan menaiki bas sahaja. Tidak perlu risau tentang keperluan kereta untuk kesana seperti membayar permit kereta dan alat seumpama smart tag itu.



 having breakfast of nasi lemak and black coffee

Haku bersarapan nasi lemak bungkus dan air kopi o sahaja. Selepas itu, haku menukar duit Singapura. Agak terperanjat juga kerana pertukaran matawang yg tinggi pada kadar 2.40. Haku tukar SGD200 (RM480). (Sebenarnya haku belanjakan RM75 sahaja).

Untuk ke tengah bandaraya Singapura, ada dua bas pilihan. Yg pertama bas ekspres SJE (Singapore Johore Express) yg terus ke Rochor Road bus station. Manakala bas 710 adalah bas berhenti-henti walaupun tiba ke Rochor Road juga. Harga tambang ialah RM2.50, tapi haku keliru dengan memberikan SGD2.50. Haku sempat juga minta balik baki duit tersebut sebelum bas berlepas.

Seperti biasa, di Kompleks Kastam Stulang Laut, kami terpaksa turun bas untuk mengecop paspot. Sebenarnya juga paspot Malaysia tidak dicop, cuma di imbas saja. Menaiki bas di sini tidaklah tunggu lama, tidak seperti di CIQ Woodlands.

Dipendekkan cerita, haku menaiki bas lepas dari pemeriksaan kastam di Woodlands jam 9.15am. Dan haku tiba di perhentian bas Rochor Road pukul 9.50am.

a row of Singapore taxis


Tujuan haluan haku hari itu ialah hendak melawat tugu Merlion yg popular itu. Dari Rochor Road, haku berjalan kaki menyusuri Jalan Queen.

Bersambung.. [ Part One | Two | Three | Four | Five ]

No comments:

Post a Comment