Wednesday, March 24, 2010

Adventure to Niah Cave (Part 2)

9.42am: Dari Trader's Cave kami sebenarnya sudah berada di dalam gua. Keadaan yang menarik juga. Olehkerana sudah ada tanda bunyi kelawar dan swiftlets, kami pun mula memakai sarung tangan dan raincoats (baju hujan). Kami mula menaiki anak-anak tangga gua menuju ke destinasi seterusnya.



Beberapa meter ke hadapan, kami tiba di bekas tempat arkaelogi (archaelogy site) yang dipagar keliling. Akhirnya kami sampai juga di pintu gua Lobang Kuala ataupun 'West Mouth' yang ada sebuah rumah kayu tradisional. Kalau ikut ukuran, kami sudah berjalan sejauh 4.1km dari tebing sungai diluar sana. Kami pun mengambil gambar dan berehat sebentar sebelum memasuki gua gelap sepenuhnya dihadapan. Ada 1.4km lagi untuk kedestinasi akhir.

Arakian sebenarnya pintu gua dipanggil 'Lobang', dan terdapat beberapa pintu-pintu gua atau lobang disini. Antaranya, Lobang Tulang, Lobang Hangus, Lobang Bulan, dan Lobang Tahi Menimbun juga adanya.  Dan Painted Cave dipanggil Gua Kain Hitam pula. Manakala tempat jeti seberang sungai berdekatan Muzium Arkaeologi Niah pula dipanggil Pangkalan Lobang yang jarak jauhnya 4km dari Trader's Cave tadi.

Beberapa minit kemudian kami mula masuk menuruni dan memanjati anak-anak tangga masuk kedalam gua Bukit Terayeng yang gelap gelita. Bila sudah gelap, kami pun hidupkan lampu picit yang kami bawak. Haku sebenarnya bawak dua lampu picit, satu yang kecil (haku pinjamkan kat Yeo) dan satu lagi yang besar gedabak. Dipertengahan jalan kami bertembung dengan sorang pakcik Iban yang memberitahu supaya berhati-hati didalam gua. Memang keadaan yang gelap dan kelam.

10.04am: Dalam teraba-raba meniti jambatan kayu yang berlumut dan licin. Tiba juga kami di suatu tempat bernama 'Padang Area'. Tiada yang menarik disini. Hakupun tak tahu apa yang ada disini. Tapi sebenarnya baru suku perjalanan untuk sampai ke tempat destinasi terakhir - Painted Caves.



10.22am: Tiba di Gan Kira, ada Pit Stop untuk berehat seketika. Tapi nampaknya geng-geng lain tidak mahu berhenti. Mereka terus terjah ke luar gua dan menuju ke Painted Caves. Haku yang keletihan terpaksa lah duduk barang seketika di bangsal itu.

Tiba di luar gua yang tadi memang jalan papankayu yang cantik juga. Tiba dipintu gua Painted Caves kami berehat seketika ditangga. Sebenarnya sudah lebih dua jam kami berjalan dari jeti. Dan akan mengambil masa yang sama untuk pulang kesana.



10.39am: Sudah tiba di destinasi terakhir - Painted Caves. Dinding lukisan telah dipagar. Bila haku tengok papantanda dan informasi yang tertulis disitu macam ada satu lagi Painted Caves No. 2, tapi sudah ditutup pula. Kami pun berehat sambil menunggu Team B yang dalam perjalanan ke situ.

11.09am: Team B tiba dengan ghairahnya. Selepas beberapa lama berehat dan berborak-borak. Kami mengambil gambar beramai-ramai dan makan-makan cokelat.

11.21am: Kami dalam Team A pun berangkat pulang ke pangkalan jeti. Tapi seperti dijangka kami tiba di Muzium Arkeologi Niah kurang dari 2 jam.



1.09pm: Tiba di pintu masuk Muzium Arkaeologi Niah. Sementara tunggu Team B, kami masuk dan ziarah muzium. Adalah setengah jam kami dalam muzium. Kami ingatkan Team B lama lagi, tapi rupa-rupanya sudah menyeberangi sungai.

1.29pm: Kami naik bot RM1 ke seberang sungai. Tiba di Headquarters, Team B sudah makan lunch. Kami pun sama-sama makan lunch - nasi impit, mee goreng dan rendang ayam.

Haku sempat lagi bersolat qasar dan jamak di surau disitu.

2.16pm: Kami berangkat pulang ke bandar Miri. Mula-mula haku yang drive kereta Proton Wira gold itu. Bila tiba di Petronas pertengahan jalan, haku rasa sangat letih dan mengantuk pula. Akhirnya Salvador yang sambung drive terus ke Miri dan balik ke rumah. Kami tiba di rumah jam 4.15pm.

Jadi kesimpulannya tentang jarak masa,
Miri - Bukit Niah HQ = 2 jam
Bukit Niah - Painted Caves = 2 jam
Makan minum, rehat, ambil foto = 2 jam
Jadi, anda kena spend masa lebih kurang 10 jam untuk ke Gua Niah kalau dari Miri.

No comments:

Post a Comment