Sunday, March 28, 2010

Visit Miri Crocodile Farm

Haku dan kawan-kawan sudah melawat Crocodile Farm & Mini Zoo di Kuala Baram pada hari Sabtu yang lepas. Kami tiba jam 10.30pagi dan meluangkan masa hampir 3 jam didalamnya.



Mula-mula kami bergambar diluar dengan maskkot buaya melambaikan topinya. Tertera pada tugu buaya itu perasmian oleh Deputy Chief and Minister of Finance & Public Utilities Sarawak (YB Datuk Dr. Chan Hong Nam) pada 16 August 1998. Miri Crocodile Farm adalah hakmilik syarikat Benaya Sdn Bhd.

Harga tiket yang mahal pada RM15 (dewasa) dan RM7 (kanak2) bagi rakyat Malaysia. Dibuka setiap hari 7 hari seminggu dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Selepas membeli tiket, penjual tiket akan mengikat tangan kita dengan penanda tiket yang bersticker.



Selepas pintu masuk kedalam ada pameran dari keratan suratkabar tentang buaya. Ada pameran contoh2 telur buaya, anak buaya dari kecil yang diawetkan. Ada barang2 buatan dari kulit buaya. Juga ada pameran ular albino dan alligator snapping turtle.



Masa kami tiba, pertunjukan memberi buaya makan adalah pada pukul 11.30pagi. Jadi sementara ada masa, kami berjalan-jalan dahulu. Ditengah2 taman buaya ada tasik dengan bunga teratai yang cantik.



Selain buaya, banyak binatang lain terdapat dalam taman ini. Ada ular sawa, landak, kelawar, burung-burung, monyet dan kera. Ada musang, burung hantu (owl), binturong.

Terdapat dua kandang besar untuk buaya-buaya. Memang banyak gila. Masa kami tiba, penjaga memberi makanan di kandang B. Penjaga mengikat ayam putih dan menarik tali yang telah disediakan ditengah2  kandang. Tidak semua buaya mendapat makanan itu.


 Selepas Feeding Time, kami bermain-main tangkap gambar dengan burung merpati yang jinak dan banyak. Ada rumah merpati (pigeon house) ditengah2 taman. Dengan memberi makanan burung (RM1 satu paket), kami cuba mendekati burung2 tersebut.







No comments:

Post a Comment