Sunday, March 21, 2010

Visiting Brunei for the Second Time (Part 2)

Dari pekan Seria, Yeo memandu kereta Proton Saga BLM terus ke Bandar Seri Begawan. Haku sudah keletihan masa itu. Disebelah pemandu, haku sempat tidur untuk beberapa ketika. Sehinggalah sampai di Lutong Highway yang mana hampir tiba di Jerudong. Giliran haku pula memandu kereta.

Mula-mula haku ingat hendak singgah dan tunjuk pada Yeo pasal Jerudong Theme Park yang terbengkalai yang haku pernah masuk dulu. Tapi terbabas pulak. Akhirnya, dengan menyusuri lebuhraya haku terus ke bandaraya. Tiba di Masjid Omar Ali Saifuddin pukul 3.31pm.


Aku sempat bersolat qasar dan jamak didalam masjid itu. Lepas usai solat, haku cuba mengambil gambar dalam masjid tapi ditegur oleh penjaga masjid. Sebenarnya dilarang mengambil gambar atau foto didalam masjid.

Lebih setengah jam juga haku pusing keliling diluar masjid mengambil foto menarik. Haku sempat menaiki replika sampan besar ditengah tasik lagik.

Dari tempat parking masjid, haku dan Yeo terus ke tepi Sungai Kianggeh. Tujuan kami memang hendak menyewa bot tambang untuk jalan-jalan melihat Kampung Ayer. Setelah berbincang, kami bersetuju membayar bot sebanyak B$10 seorang selama sejam.

Kami dibawa menyusuri rumah-rumah di Kampung Ayer dan melalui celah-celah jambatan-jambatan kecil. Lebih kurang 45 minit, kami berhenti disebuah restoran untuk berehat dan minuman ringan saja.



Dipendekkan cerita, selepas menuruni bot tambang tadi, kami terus pulang ke Miri pada jam 5.15pm. Kami tiba di pos imigresen Sungai Tujoh pada jam 8.08malam. Dan terus pulang ke tempat penginapan kami.

No comments:

Post a Comment