Sunday, March 21, 2010

Visiting Brunei for the Second Time

Hari Sabtu kelmarin, haku sudah melawat Brunei Darussalam untuk kali kedua.

Pada mulanya haku ingat hendak pergi sorang diri sebab semua kawan-kawan buat kerja OT pulak. Last-last haku dapat juga ajak Yeo dan Sasi.
Kami bermula dari rumah jam 7 pagi. Jam 8.30 sudah bersarapan di pekan Lutong. Sebab haku dah sarapan, haku ambil gambar masjid dan gereja Lutong saja. (Lihat gambar diatas).
Jam 9.21 sudah tiba di Sungai Tujoh. Tapi sungguh tak disangka, Sasi tidak dibenarkan masuk ke Brunei sebab tiada Visa. Jadi, haku terpaksa hantar dia balik ke Miri.
Lepas hantar Sasi, dipendekkan cerita, haku dan Yeo sudah tiba di pekan Kuala Belait jam 11.18pagi. Kami tukar wang Brunei sebanyak B$50 saja.

Dari pekan, haku memandu ke pantai pula mencari kalau-kalau ada tempat menarik. Kami berhenti sebentar di pantai sambil mengambil gambar. Dari pantai, haku ke bulatan Pandan Lima yang ada tugu teko besar (gambar atas). Oleh kerana tiada tempat parking, haku sorang saja yang turun ambil gambar teko, manakala Yeo haku suruh tunggu di tepi jalan dihujung sana.

Selepas itu kami singgah ke Restoran Nasi Ayam WYWY untuk lunch. Waktu ketika itu baru pukul 12.16 tengahari. Selepas lunch, kami terus ke pekan Seria. Akhirnya haku berjumpa juga tugu memorial satu bilion tong pengeluaran minyak mentah di tepi pantai. Terletak di tepian pantai yang landai, terdapat banyak juga 'nodding donkey' dimana-mana (gambar dibawah).


Selepas mengambil gambar di 1 Billionth Barrel Monument, kami terus menuju ke bangunan menarik dipanggil Oil & Gas Discovery Center (gambar dibawah). Diluarnya terdapat banyak model-model replika bangunan kecil yang sempat kami ambil gambar juga. Walaupun kami masuk kedalam bangunan OGDC itu, tapi tidaklah membeli tiket untuk melihat pameran didalamnya. Kami terus keluar untuk ke Bandar Seri Begawan pula.


Pada mulanya haku cuma cadang hendak ke pekan Kuala Belait dan Seria saja kalau haku pergi seorang diri. Dan akan pulang ke Miri selepas itu. Tapi oleh kerana Yeo punya pasal, haku ajak Yeo ke Bandar Seri Begawan pula. Pada masa itu jam menunjukkan jam pukul 1.47pm.


No comments:

Post a Comment