Monday, March 22, 2010

Adventure to Niah Cave

Hari Ahad semalam, haku dan rakan sepejabat sudah meredah dan sampai ke Gua Niah.

5.03am: Baru tadi malam pulang dari melawat Brunei. Tiba dirumah jam 9.30pm. Memang plan nak berangkat ke Gua Niah jam 7.30am. Pagi-pagi nih tetiba dikejutkan pula dgn sms dari Kor kata kena bertolak lepas suboh. Suboh masuk jam 5.21am, maknanya kena kuar rumah jam 5.30am.

6.03am: Tapi memang 'janji Melayu' kan. Mulakan perjalanan ke Bukit Niah. Singgah di station petrol Petronas Jalan Piasau untuk isi minyak (RM50 sudah), beli jajan. Kesemuanya ada tiga kereta - Avanza, Proton Saga BLM dan Wira Gold (yang haku naik). Proton Saga BLM (aku drive masuk Brunei semalamnya) yang baru itu memang awek jelita yang bawak.

mentari merah diufuk timur

Mula-mula lalu Jalan Pujut-Lutong, sampai bulatan ikut Jalan By-Pass Miri Airport. Jalan dua hala yang tenang saja. Sesekali memotong kereta kancil yang slow dipandu. Hitungpanjang kami bawa kereta dalam 100km/j jakk. Sepanjang perjalanan tiada pekan atau bandar yang besar kelihatan. Cuma semak samun dan hutan belantara saja.

7.48am: Tiba di pekan Simpang Bukit Niah. Jarak dari Miri sejauh 96km sudah. Berhenti kami di stesen petrol Shell pula. Buang air dan pelbagai yang berpatutan. Disitu juga terdapat restoran makan orang Melayu Islam dan juga bercampur dengan warung yg menjual makanan tidak halal yang nyata lagi jelas tertulis. Selepas berehat 30min, kami pun bertolak ke Bukit Niah pula yang jauhnya tinggal 3km saja.

all men alive: from left, salvador, sukor, tai, yeo, zul, kerol, che wan, me, yad (2010)

8.13am: Tiba di perkarangan Park Headquarters kami parking kereta memasing. Nurul membuat registration dan membayar tiket RM10 sorang bagi kumpulan kami semua. Tiada risalah ataupun peta Gua Niah disediakan. Bila haku tanya, kerani kaunter kata kena bayar RM1.50 untuk risalah Gua Niah. Peta yang tertera dalamnya pun kurang jelas dan tidak nyata.

Sebelum bertolak, kami pun dengan meriahnya bergambar beramai-ramai didepan signboard sebagai kenang-kenangan. Ada dua papantanda yang menarik - 'Niah National Park Headquarters' (gambar atas) dan 'Selamat Datang ke Taman Negara Niah'. Tiadalah yang tidak bergambar disitu kecuali kami semua mengambil gambar. ;-D

8.27am: Sudah mula turun ke jeti untuk naik bot tambang RM1 ke seberang sungai pula. Bukannya jauh, dan kami naik bot satu persatu sampai 14 orang kesemuanya. Haku yang paling akhir turun sebab sibuk dengan tangkap foto sana sini. Tak sampai 3 minit, sampai seberang sudah yang dipanggil Pangkalan Lobang. Di seberang sungai ada Muzium Arkaelogi Niah. Tapi kami terus berjalan ke depan menyusuri jalan yang disediakan masuk ke dalam hutan. Mula-mula kami melalui jalan bersimen, kemudian jumpalah juga jalan jambatan berpapan saja.

Dipertengahan jalan, kami sibuk juga bergambar sana sini. Ada gambar pokok pelik tangkap. Ada gambar binatang dan serangga menarik tangkap juga. Tidak sedar kami berpecah jadi dua kumpulan. Team A didepan yang terdiri dari expatriate yang tiada membawa backpack dan dua orang gadis jelita juga. Team B dibelakang yang sibuk dari tadi mengambil gambar dan ada yang sibuk bergambar juga.


9.18am: Tiba di satu perhentian yang ada makcik-makcik Iban (gambar atas) menjual cenderahati yang kebanyakkannya keychains. Wah, sudah hampir sejam juga kami berjalan dari seberang sungai tadi. Rasa penat mula terserlah. Ada yang berehat. Ada juga yang sibuk membeli belah tangkal dan gelang tangan bagai. Takdelah haku nak beli apa-apa kat sini. Baik haku kejar awek dua orang yang kat depan tadi. Jadi, dipendekkan cerita, haku dah join Team A. Ekeke.

the Trader's Cave

9.30am: Tidak sampai sepuluh minit kami sudah tiba di Trader's Cave (Gua Dagang). Terdapat banyaknya tiang-tiang kayu belian (Eusideroxylon Zwargeri) sebagai bekas tempat tinggal peniaga dan penjaja air liur dan sarang burung layang-layang (swiftlets) dan guano kelawar. Alkisah diceritakan bahawa disinilah tempat mereka berniaga dan menunggu kedatangan pengutip guano dan air liur burung pada musim menjolok sarang. Pondok ini tidak lagi digunakan selepas akhir 1970an. Di tepi gua juga terdapat dua buah telaga yang digunakan sebagai minuman dan mandian/cucian.

Bersambung..

2 comments:

  1. ...tumpang tanya...
    saya dan kawan2 bercadang nak melawat gua niah, kami ni student...
    saya nak tahu sama ada encik stay di gua niah rsort atau x, dan berapa bayaran???
    dan lagi satu, encik tahu x berapa bayaran kalau nak sewa kereta?

    ReplyDelete
  2. sy gi niah ni sbb keje kat miri masa tu..
    jd xde masalah dgn hotel atau tempat tinggal..

    kalo sewa kete bgantung dgn kete gak, biasa dlm RM100 kott..

    kamu leh check dgn travel agent lohh.. gudluck oke

    ReplyDelete