Friday, November 20, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day One

Haku sudah lama merancang hendak menziarah dan berwisatawan ke Negara Brunei Darussalam. Haku sudah booking tempat tinggal (budget hotel) dan juga penerbangan MAS ke Bandar Seri Begawan.

Dari KL Sentral (jam 8 pagi lagi), haku naik keretapi KLIA Ekspres terus ke KLIA. Walaupun flight ke Brunei dijadualkan jam 12 tengahari, haku sudah tiba di KLIA jam 9 pagi dan berlegar-legar atas dan bawah. Ada pameran sebuah kereta BMW Z4 di tingkat perlepasan.

a z4 model on display

Sempat juga haku melayari internet selama sejam di Restoran Burger King.  Untuk menggunakan internet di PC yg disediakan, haku kena beli kad yg bernilai RM10 yg boleh dipakai selama sejam saja.

Jam 11.15am, haku sudah berjalan ke balai berlepas. Didalam kabin kapal terbang, haku makan tengahari nasi berlaukkan daging lembu. Sebenarnya haku minta daging ayam, tapi stewardess kata ramai penumpang Bangla yg tak makan daging ayam. Jadi beliau suruh haku makan daging lembu pula. Haku pun tak kisah.  Haku pesan air jambu batu. Sedap juga.




the green heart of borneo


Haku tiba di Brunei International Airport jam 2.30pm. Lapangan terbang yg kecil saja seperti di Miri atau Sibu. Haku ambil teksi berbayar dan terus pergi ke hotel bajet, Jubilee Hotel yg haku sudah tempah sebulan yg lampau. Haku tiba dihotel pukul 3 petang.



Budget hotel at convenient location of Brunei

Walaupun baru tiba di Bandar Seri Begawan untuk pertama kalinya, haku amat teruja untuk jalan-jalan ke pusat bandar. Dari hotel, haku berjalan kaki menyusuri Sungai Kianggeh sampai ke tepi Sungai Brunei yg sedang diubahsuai. Olehkerana tiada niat nak menziarah Kampung Ayer yg glamor itu, haku terus saja berjalan di tepi pinggiran sungai hingga tiba ke dataran mercu dirgahayu 60.

Dari pinggiran sungai, haku terus berjalan antara dua bangunan kotak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Shopping Complex yg ada restoran KFC didalamnya. Haku ambil gambar berlatar belakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien. Haku sempat juga masuk keperkarangan masjid dan menangkap gambar replika sampan yg besar itu.

Dari masjid, haku terus menyusuri jalan dan pulang ke hotel bajet.

Lepas bersolat jamak maghrib dan isyak, haku keluar ke pusat bandar lagi. Berjalan kaki terus ke Restoran KFC dan menjamu selera. Selepas itu, haku terus ke tepi tasik Masjid Omar Ali Saifuddien lagi untuk menangkap gambar sebelah malam pula.



The mosque is classified as one of the most spectacular mosques in the Asia Pacific and a major tourist attraction.

Selepas itu, haku pulang semula ke hotel untuk berehat. Sebelum naik ke bilik hotel, haku sudah menempah pakej melancong untuk esok satu hari pula.



Bersambung.. [ Day 1 | Day 2 | Day 3 | Day 4 ]

No comments:

Post a Comment