Tuesday, November 24, 2009

Visiting Labuan in 2 Days: Day One (Evening)

Pagi tadi hampir satu pulau haku pusing-pusing dan ronda-ronda. Petang ini haku bercadang hendak ke Taman Memorial dan Botanical Garden yg terletak di timur pulau pula.

Pukul 3.00pm haku dan aDm keluar makan di Restoran KFC di tengah bandar yg terletak tidak jauh dari hotel. Dari KFC, haku memandu menyusuri Jalan Tanjung Batu hingga ke Taman Memorial, sebelum sampai simpang Jalan Tanjung Taras. Disitu terdapat 4000 batu nesan para askar British dan Australia yg terbunuh pd Perang Dunia Kedua. Askar India pun ramai juga yg mati.

the beautifully landscaped memorial garden is the final resting place of 3,908 war heroes who died in battle or captivity in Borneo during the Second World War

Selepas setengah jam mengambil gambar di dalam taman itu, haku berangkat menuju ke Taman Botanikal pula. Taman ini yg telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua. Rumah Kerajaan dibina ditengah taman ini dalam tahun 1852 dan menjadi kediaman rasmi Sir James Brooke, gobernor pertama Labuan dan governor serta Resident selepasnya. Tapi haku tidak berjumpa bangunan besar tersebut, mungkin sudah musnah dibom oleh askar Jepun. Taman ini telah dinaiktaraf dalam tahun 2001 oleh Perbadanan Labuan bagi menyediakan kemudahan rekreasi untuk orang awam dan para pelancong.

It is a recreational park with old trees and beautiful landscaping

Taman Botanikal yg luas terdapat tasik dan tempat riadah. Haku berjalan didalamnya, mengambil gambar-gambar bunga yg cantik dan terjumpa satu kawasan kubur yg dipagari - The Navy Cemetery.

a line of freights

Sebelum haku pergi ke taman itu, haku sudah singgah di salah satu pantai disitu yg menghadap Pulau Borneo. Memang nampak jelas tanah besar dan banjaran Gunung Kinabalu. Kapal-kapal tangki juga bersusun menuju pelabuhan Labuan.

masjid an-nur, labuan

Setelah penat berjalan-jalan dari taman, haku pun terus pulang ke hotel. Sebelum itu sempat lagi menangkap gambar Masjid An-nur yg unik bentuknya.

a food court beside the luxury hotel

Disebelah malam pula, haku mencari tempat makan. Haku singgah di jeti tapi kebanyakkan kedai sudah ditutup. Bila haku bertanya budak perempuan disitu, mereka menyarankan supaya haku pergi ke medan selera bersebelahan Hotel Grand Dorsett (dulunya, Sheraton Labuan Hotel).

No comments:

Post a Comment