Sunday, November 22, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day Three

Hari ketiga haku di Bandar Seri Begawan dimulai dengan sarapan pagi di hotel. Pagi ini haku sudah bersiap sedia untuk keluar awal. Sepatutnya pukul 7.30 cafe di penthouse tingkat enam dibuka, tapi pukul 7.00 pagi haku sudah kesana. Tapi pintu cafe masih ditutup pula. Jadi haku tunggu selama setengah jam mundar mandir di tingkat atas itu.


waiting for a good breakfast, western style

Dipendekkan cerita, selepas bersarapan, haku terus berjalan kaki ke stesen bas di Jalan Cafor.

Untuk ke Muara, haku naik bas no. 37. Tambang bas cuma B$1 saja. Pemandu bas orang Jawa Indon. Ada inspektor bas orang India agaknya. Tapi bas itu berhenti ditengah pekan Muara, tidak ke terminal feri.
Di pekan Muara, haku bersarapan sekali lagi, tapi kali ini haku pesan roti canai dan teh tarik saja, sebelum singgah di Cyber Cafe. B$1 untuk sejam, tapi haku pakai internet lebih kurang 20 minit saja.


Untuk ke terminal feri, pemandu bas tadi suruh naik bas no. 33. Tapi haku sudah salah faham. Haku tukar rancangan, naik bas panjang no. 39 ke Airport. Ketika itu, jam sudah pukul 11.00pagi. Ingatkan boleh tukar bas ke Jerudong. Tapi semua orang suruh naik bas balik semula ke bandar. Tiada bas no. 57 terus langsung ke Jerudong dari Airport, seperti yg tertera dalam jadual.

inside a mini bus with all the foreigners (including the driver and the conductor)

Tentang bas negara brunei pula kesemuanya seperti bas mini lama KL dan berwarna purple atau jingga. Tidak banyak bas panjang. Haku juga perasan ramai penumpang warga asing, terutamanya dari Indonesia, Filipina, India juga. Bayaran tambang adalah B$1 untuk kesemua destinasi.

Dari terminal bas bandar, haku ambil bas no. 55 terus ke Jerudong Park.

Sampai Jerudong Park Playground sudah jam 12.45 tengahari, haku terus masuk. Tiada penjaga tiket. Haku pusing keliling taman tema yg kosong dan peralatan permainan yg terbengkalai. Hampir sejam haku di tengahari yg panas terik di dalam taman tema sebelum menapak keluar dan menaiki bas ke pantai Jerudong pula.

an abandoned playground

Di sebuah kedai runcit di Jerudong, haku ternampak Rubik Cube dan cuba selesaikan juga. Berjaya juga walaupun terkial-kial. Yg kelakarnya, pemandu bas yg haku naik dari taman tema Jerudong ada disitu. Dia kata, ada budak kecil lagi cepat membuat rubik cube itu. Tapi drebar bas itu sanggup tunggu pula.

Dalam perjalanan dari pantai Jerudong ke pusat bandaraya, haku berbual-bual dengan drebar. Dia berasal dari Limbang, Sarawak. Katanya, hanya dia seorang rakyat Malaysia yg bekerja sebagai pemandu bas di Brunei sekarang ini. Yg lainnya kebanyakkan adalah rakyat Indonesia, termasuk konduktor bas. Dalam perjalanan itu juga, haku dapat saksikan banyaknya kereta sapu bermaharajalela, mencuri penumpang teksi dan bas di jalanraya begitu saja.

Tiba di bandar sudah pukul 4 petang, haku menapak pulang ke hotel  melalui pasar tamu Kianggeh.

No comments:

Post a Comment