Saturday, November 21, 2009

Visiting Brunei in 4D 3N Alone: Day Two

Pagi-pagi lagi haku sudah terkejar-kejar untuk sarapan di tingkat atas hotel bajet itu. Haku tiba lambat sikit, walaupun pintu cafe dibuka jam 7.30 pagi. Tapi disebabkan ada sekumpulan keluarga yg datang lebih awal sedikit daripada haku, maka hidangan haku menjadi amat terlewat. Sebabnya cuma ada seorang pelayan dan juga tukang masak disitu. Hampir 45 minit haku menunggu. Nasib baik juga, pelayan itu memberikan roti bakar sementara menunggu.



there are choices of western breakfast for you to choose, cooked by one chef only

Jam 9 pagi, haku sudah turun ke lobi hotel dan terus bersama-sama pemandu pelancong yg sudah menanti. Kebetulan juga, hari itu cuma haku seorang saja pelancong yg hendak berjalan-jalan disekitar Bandar Seri Begawan dengan menaiki van.

Tempat yg mula-mula haku dibawa ialah di rumah Bubungan Dua Belas. Tetapi disebabkan ada kerja ubahsuai, kami tidak dibenarkan naik keatas rumah. Jadi, haku mengambil gambar di luar saja dan di kolam renang yg sudah lama terbiar. Disitu juga, drebar cum pemandu pelancong menceritakan juga berkenaan atuk beliau yg pernah bekerja dengan residen British. Beliau pernah tinggal di rumah kecil di belakang rumah Bubungan Dua Belas itu.



house of twelve pillars

Dari rumah bubungan 12 itu, haku dibawa ke Muzium Negeri yg terletak di Kota Batu. Tetapi drebar ingat pintu muzium dibuka jam 9 pagi. Tetapi disebabkan hari Sabtu, waktu muzium dibuka ialah pukul 9.45 pagi. Jadi, drebar bawa haku mundar-mandir dahulu.

Dari muzium, haku singgah di makam sultanah bolkiah raja brunei yg kelima. Agak jauh juga dari tepi jalanraya, jadi kami berjalan kaki saja. Kebetulan ada tukang potong rumput (tukang kebun agaknya) yg sedang bertugas. Haku tertarik pada kereta Vios beliau yg diparkir ditepi jalan juga.

Dari makam raja kelima, haku dibawa ke kampung Pintu Malim seketika. Kemudian kami kembali ke Muzium Negeri. Didalam muzium, tidak dibenarkan mengambil gambar. Tapi memang banyak barang-barang sejarah lama yg dipamerkan disitu. Menarik juga.

Keluar dari muzium, haku dibawa ke taman peranginan Tasik Lama. Agak menarik juga dengan adanya air terjun dan tempat berjalan kaki yg selesa. Haku tertarik bila ternampak ada pokok yg ditanam oleh mantan Perdana Menteri Pak Lah ketika sessi 'morning walk' disitu.

Dari Tasik Lama, haku dibawa ke tepian sungai yg ada monumen art bertajuk 'Dunia Asean' oleh jurukir tempatan, Marsidi Hj Akip. Olehkerana keadaan padang yg becak, haku cuma ambil beberapa keping gambar sahaja. Dari situ, drebar tunjuk haku beberapa bangunan kepunyaan sultan brunei, termasuk pintu masuk ke Istana Nurul Iman.

the world of asean countries

Kemudian drebar membawa dan tinggalkan haku untuk makan tengahari seorang diri di PGS Cafe, Kampung Lambak, Berakas selama sejam. Oleh kerana makanan style buffet, haku makan maggie goreng, nasi goreng dan sup jagung. Dan minum air suam juga.

buffet style of meal

Selepas menunggu sejam di cafe itu, haku kemudian dibawa ke Jerudong Park Playground, dimana terletaknya taman tema permainan yg terbesar di Brunei. Tetapi haku diminta mengambil gambar diluar pagar saja walaupun taman tema itu terbuka pintu pagarnya. Pada masa itu, haku bercadang untuk datang lagi ke situ esok. (Esoknya baru haku tahu taman itu sudah terbengkalai lama).

Dari Jerudong, haku kemudian dibawa ke The Empire - Hotel & Country Club yg mewah itu. Di pintu masuk, haku nampak bersusun kereta mewah kepunyaan Ministry of Defence. Sempat juga haku melayari internet sebentar di meja yg ada PC untuk kegunaan awam. Haku dibawa oleh drebar berlegar-legar di ruang lobi sehingga ke suatu hujung dimana terdapat galeri gambar-gambar tetamu terhormat dan celebrity terkenal  yg pernah menginap disitu termasuk Aznil Nawawi, Anita Sarawak, Mawi dll. Tetapi haku tidaklah begitu berminat sangat.

very luxury hotel at muara - tutong highway, kampung jerudong

Tetapi sebelum tiba di hotel tersebut, kamera dslr Canon haku menghadapi masalah pula dgn sensornya. Jadi haku guna kamera Canon Ixus saja, tetapi baterinya pula tidak tahan lama.

Selepas itu, haku dibawa ke kedai cenderamata (Syarikat Pelangi De' Mutiara Tourist Square Sdn Bhd) yg terletak di Pengkalan Gadong menghala ke pusat bandaraya. Sempat juga haku bergambar secara percuma dengan pakaian panglima melayu warna hijau dan bertanjak. Olehkerana itu, haku pun berbesar hati membeli beberapa helai t-shirt Brunei dan key-chain dan fridge magnet. Kesemua perbelanjaan berjumlah BD$510+ (RM1200+). Mahal betul.

Selepas membeli belah barang cenderahati, kami pulang ke bandaraya. Sebelum itu singgah di Masjid Jame’ Asr Hassanal Bolkiah. Haku tidaklah masuk kedalam masjid seperti pelancong-pelancong lainnya. Sekadar mengambil gambar diperkarangan masjid saja.

a royal mosque

Akhirnya setelah berjalan sehari suntuk disekitar Bandar Seri Begawan, Jerudong, haku pun pulang ke hotel semula. Disebelah malam, haku turun ke Restoran di tingkat bawah hotel untuk makan malam dan melayari internet secara percuma.

Bersambung.. [ Day 1 | Day 2 | Day 3 | Day 4 ]

No comments:

Post a Comment